Postur Belayar Postur Kapal Belayar

Kapal berlayar dengan efisien semasa badan kapal dan permukaan mempunyai ketinggian garisan air dari dasar bot sebanyak 3-4 darjah. Apabila bahagian depan kapal terlampau condong ke atas,tindakan berikut perlu diambil untuk menyelaraskan postur kapal belayar.

 

1. Pindahkan barang-barang ke hadapan kapal atau meminta orang duduk ke tempat duduk yang lebih depan.

2. Menghalakan motor sangkut ke bawah (trim down), ini akan menyebabkan motor sangkut bergerak ke arah bahagian belakang kapal manakala dayung akan bergerak berhampiri bahagian bawah kapal. Maklumat terperinci tentang pengendalian motor sangkut boleh merujuk manual yang dibekalkan.

 

Apabila bahagian hadapan kapal terlampau condong ke bawah:

 

1. Pindahkan barang-barang ke buritan kapal atau meminta orang duduk ke tempat duduk yang lebih belakang.

2. Menghalakan motor sangkut ke atas (trim up), ini akan menyebabkan motor sangkut bergerak ke arah bahagian depan kapal manakala dayung akan bergerak jauhi daripada bahagian bawah kapal.

 

Cara menentukan sama ada bahagian depan kapal terlalu rendah: Ombak pertama yang diperhatikan berlaku di tempat berdekatan dengan bahagian depan kapal serta menghadapi kesukaran mengendalikan kapal.

Pelarasan Sudut Motor Sangkut (Trim)

Pelarasan sudut motor sangkut akan mempengaruhi postur kapal. Sekiranya, menghalakan motor sangkut ke arah bahagian depan kapal, kipas motor akan bergerak menghadap bahagian belakang kapal, memberikan kesan-kesan berikut:

 

1. Bahagian depan kapal condong ke atas boleh meningkatkan kelajuan pelayaran.

2. Timbulkan badan kapal dari permukaan air.

3. Sekiranya motor sangkut terlalu condong ke arah bahagian depan kapal akan menyebabkan kipas motor sangkut terlalu dekat dengan permukaan air dan menghasilkan jumlah buih yang banyak. Ini akan menjejaskan efisien pelayaran dan menyebabkan system penyejuk motor sangkut tidak dapat berfungsi dengan baik kerana meninggalkan permukaan air dan tidak dapat menyerap air. Motor akan rosak kalau terlalu panas.

 

Sekiranya menghalakan motor sangkut ke arah buritan kapal, kipas motor akan bergerak menghadap bahagian depan kapal, memberikan kesan-kesan seperti berikut:

 

1. Apabila bebanan kapal berat, kapal lebih mudah terlincir dari permukaan air.

2. Meningkatkan kestabilan kapal, dalam keadaan ombak yang kecil dan tertumpu.

3. Lama-kelamaan, ia akan menyebabkan kapal terlari dari landasan.

4. Apabila bahagian depan kapal terlalu tinggi, menurunkannya dan meningkatkan kelajuan kapal.

Postur belayar yang salah

Postur belayar yang salah

Postur belayar yang betul

Motor sangkut terdedah disebabkan kapal condong terlampau ke bawah

Naikkan motor sangkut untuk mengimbangkan kapal apabila behagian depan condong ke atas

Kapal belayar sudut yang betul, kecekapan akan tinggi

Antarabangsa

Vietnam

Thailand

Taiwan

Afrika Selatan

Belanda

Jepun

Terkini

Copyright © Cadcam Marine Pty. Ltd. All Rights Reserved