Kemahiran Penggunaan Treler

Filem pengajaran penggunaan treler:

Menempatkan Kapal

Apabila bot diletakkan pada treler, pastikan lunas kapal dan roda treler tengah bersentuhan. Badan kapal tidak boleh bersentuhan dengan sebarang logam di treler. Roda treler atau slider di tepi harus bersentuhan dan bersamaan dengan tepi bot.

 

Jika roda dan gelangsar treler telah dilaraskan, tetapi bot masih beralih, maka imbangan berat bot perlu diperiksa. Masalah imbangan berat bot akan menyebabkan kes pencongan treler.

 

Selepas bot ditempatkan atas treler, pastikan tali treler diikat pada penetapan lubang, dan rantai keselamatan dikunci di panah. Bot dan treler diikat di bahagian tegas.

 

Sebelum memandu untuk tempoh yang panjang atau jalan raya sibuk, kami mengesyorkan bahawa anda mengikat beberapa tali lagi supaya lebih stabil. Jika anda boleh menggunakan drag sangkut kenderaan khusus akan lebih sesuai.

Menggerakkan Treler

Perjalanan akan lebih lancer jika roda depan treler diletakkan semasa bergerak di jalan rata. Roda depan treler harus dinaikkan semasa disambungkan kepada towbar belakang kereta.

Menyambungkan Treler

Langkah sambungkan treler ke towbar belakang kereta:

 

1. Bahagian depan treler dinaikkan, pautan depan treler diletakakn ke dalam towbar belakang kereta.

2. Rod penyambung dinaikkan supaya penyambung bergerak ke bawah dan menutup bar bola belakang treler.

3. Lepaskan rod penyambung, pautan dan towbar kereta diikat bersama.

 

Memeriksa pelinciran treler sekurang-kurangnya enam bulan sekali , krim pelincir (gris atau mentega) dicat kalau permukaan rod penyambung atau pautan tiada minyak pelincir.

Rantai Keselamatan

Selepas menyambung treler kepada kereta, rantai keselamatan jenis D depan treler diikat dengan kereta bagi menggelakkan treler hilang kawalan sekiranya penyambung treler longgar.

Menunda Treler

Sebelum menunda treler, pastikan semua benda yang boleh bergerak telah ditetapkan.  Termasuk pintu, tingkap, dan peti sejuk : semuanya harus ditetapkan dengan betul atau disimpan dalam bekas; papan awning terikat; kerusi dikunci atau diikat tetap.

 

Peranti anti-kunci treler boleh dibuka semasa berundur untuk mengelakkan brek treler dikunci semasa berundur. Peranti anti-kunci harus ditutup selepas kereta berundur.

 

Berat atas towbar kereta haruslah lebih kurang 5 – 10% daripada jumlah berat kapal dan treler bagi mendapat imbangan depan dan belakang treler.

Antarabangsa

Vietnam

Thailand

Taiwan

Afrika Selatan

Belanda

Jepun

Terkini

Copyright © Cadcam Marine Pty. Ltd. All Rights Reserved