Menurunkan Jangkar Jangkar

Pasang surut, arus, arah angin dan factor-faktor lain perlu menjadi pertimbangan semasa memilih tempat berlabuh, lepas itu, anda boleh memilih satu tempat yang cukup lapang untuk berlabuh supaya tidak akan melanggar kapal-kapal lain, pantai atau batu karang di bawah pengaruh air dan angin. Selain itu, sila mengelakkan berlabuhan di saluran yang sempit supaya tidak menyekat kapal-kapal lain ; Jangan menggunakan tali tambatan label amaran air atau label pengapung untuk mengikat tali kapal.

 

Berlayar ke tempat yang ingin berlabuh dengan cara bertentangan dengan arah angin atau arus. Disebabkan arah angin dan arus air tidak semestinya sama, pemandu haruslah sentiasa mengambil kira faktor yang akan mendatangkan impak yang lebih serius. Apabila sampai ke titik berlabuh, melabuhkan jangkar dengan perlahan. Jangan melabuhkan jangkar dengan cara mencampak. Selepas jangkar sampai ke dasar laut, biar kapal berlayar mengikuti angin atau arus sehingga kapal tertambat.

 

Tambatan yang dilepaskan haruslah sekurang-kurangnya tiga kali ganda atau lebih daripada kedalaman laut. Pastikan tangan dan kaki tidak terjebak dalam tali jangkar semasa melabuhkan jangkar. Selepas melabuhkan jangkar, mengikatkan tali jangkar di bahagian depan kapal.

 

Sila mengikat satu rantai antara jangkar dengan tali jangkar kerana rantai akan menambahkan kekuatan tambatan jangkar serta elakkan tali jangkar daripada terapung dan menaikkan jangkar.

 

Semasa menaikkan jangkar, sila berlabuh ke arah jangkar dan menyimpan tali jangkar pada masa yang sama. Menaikkan jangkar apabila tali jangkar menunjukkan sudut menegak dengan kapal.

 

Sekiranya tersangkut, sila mengikat tali sangkut di bahagian depan kapal dan berlabuh perlahan-lahan di sekeliling jangkar, sila pastikan tali jangkar di keadaan yang tegang dan menaikkan jangkar sebaik saja mendapati jangkar telah melonggar. Dalam proses ini, jangan membiarkan tali jangkar berdekatan dengan kipas motor sangkut.

Antarabangsa

Vietnam

Thailand

Taiwan

Afrika Selatan

Belanda

Jepun

Terkini

Copyright © Cadcam Marine Pty. Ltd. All Rights Reserved